Tuesday, June 5, 2012

Membuat Keputusan ~~

Salam buat semua ~~

             Pada 29 Mac 2012, maka genaplah setahun aku dalam sektor pekerjaan dan hari ini sudah hampir setahun setengah aku berkhidmat sebagai GIS Engineer di AmNavi Sdn Bhd. Banyak pengalaman yang aku perolehi semasa dalam perkhidmatan. Dari seteruk-teruk pengikut kepada setiap keputusan, aku kini adalah salah seorang dalam kumpulan pembuat keputusan. Berkhidmat sebagai GIS Engineer di AmNavi Sdn Bhd, sangat mencabar hati dan naluri. Diletakkan dibawah projek Map Integration yang penuh bermasalah dari awalnya, ditambahkan lagi dengan karenah Telekom Malaysia (TM) sebagai "Owner of The Project" yang penuh dengan kepelbagaian pemikiran dan diperhebatkan lagi dengan dasar-dasar perubahan yang diperkenalkan oleh pengurusan kumpulan AmTel.. Pelbagagai cabaran yang diberikan, dilalui dengan penuh kesabaran dan perancangan.Walaupun tak semua hasilnya adalah sempurna, namun dari hari ke hari, setiap keputusan dan perlaksanaan yang dirancang, dapat dihadapi dengan sebaiknya. Alhamdulillah, hasil berkat usaha selama ini, segala komitment dan kerja keras yang diberikan mula diperhatikan walupun ia belum dapat dipastikan.




             Dalam masa yang sama, tawaran biasiswa melanjutkan pelajran di peringkat sarjana telah ditawarkan kepada aku oleh pihak UiTM bermula pada September 2011.Tawaran yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap orang yang memohonya kerana berpeluang untuk berkhidmat sebagai salah seorang tenaga pengajar di UiTM apabila habis belajar kelak. Tidak dinafikan, pada awalnya aku sangat teruja untuk menyahut pangilan itu. Namun lama kelamaan, semangat itu semakin pudar. Kini, sudah hampir 10 bulan surat tawaran itu hanya diperhatikan. Segala syarat yang diberikan telah aku penuhi dari segi peperiksaanya, pemeriksaan kesihatanya, surat tawaran belajarnya, namum hati ini semakin berat untuk meneruskanya. Pelbagai perkara yang bermain di fikiran yang memerlukan segala pertimbangan untuk merungkai segala kebarangkalian yang mungkin dihadapi. 


             Kini adalah masa dan ketika yang sukar dalam kehidupan aku, untuk membuat keputusan samada meneruskan dengan apa yang telah aku miliki, atau teruskan dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Dua-dua menjanjikan peluang dan ruang yang sama, namun hakikatnya cabaran yang bakal dihadapi sangat berbeza. Aku pening memikirkanya ~~

I'm back ~~

Lama sudah tidak post berita-berita baru di sini ~~